Assalamualaikum...
Haa hari ni nak berkongsi pasal AIR PUTIH bukan AIR MANIS tauuu hehe...selalunya kann berapa banyak air yang kita minum sehari umm atau tak minum langsung????
Setiap 25kg berat badan anda , anda perlu minum air kosong sekurang-kurangnya 1 liter . Contoh berat 50kg memerlukan 2 liter air .
KENAPA AIR PENTING UNTUK MANUSIA?
1. Tubuh akan hilang 1.7 liter air sehari melalui proses pernafasan dan kumbahan . Bayangkan jika anda cuma minum seliter atau kurang dalam sehari.
2. Otak manusia mengandungi 75% air
3. Darah manusia mengandungi 83% air
4. Otot manusia mengandungi 75% air
5. Tulang manusia mengandungi 22% air
6. Air menstabilkan suhu badan
7. Air mengangkut nutrisi dan oksigen ke dalam sel
8. Air melembabkan udara dalam paru - paru
9. Air meningkatkan kadar metabolisma!
10. Air melindungi organ-organ
11. Air membantu organ-organ untuk serap nutrisi dengan baik
12. Air melindungi dan melembabkan rawan
APA YANG BERLAKU SEKIRANYA KITA KEKURANGAN AIR?
*Tubuh selalu kepenatan
*Sakit kepala yang kerap atau migrain
*Sembelit
*Ketegangan otot
*Tekanan darah yang tidak seimbang
*Masalah buah pinggang
*Kulit kering
*Risiko kematian
Kadang-kadang kita diet tapi air kurang memang susah nak turun berat badan atau tak turun langsung pastu kita give up...sedangkan kita tak tahu bertapa penting air dalam badan bukan sahaja untuk diet tetapi penting untuk kesihatan juga..Ramai orang kat luar sana tak sedar akan kepentingan air ni , umm ataupun ada sesetengah orang takut minum air sebab malas nak ke toilet pelik kan , ada gak orang yang macam ni..hehe
Kekurangan peratusan air dalam badan boleh membantutkan proses pelansingan anda terutamanya jika anda memang sedang giat berdiet. Di bawah disenaraikan mengapa air sangat penting dalam proses pengurusan dan pelansingan badan :
1.Peratusan penurunan berat badan sangat dipengaruhi oleh peratusan kehilangan air dalam tubuh juga. Pernah dengar "GEMUK AIR" Sebenarnya bukan air yang menggemukkan tetapi lemak. Jadi, sangatlah penting untuk minum banyak air bagi menghindarkan diri dari terkena hidrasi sewaktu penurunan berat badan.
2. Proses pembakaran kalori memerlukan bantuan air agar lebih efektif .Dalam erti kata lain , air juga mempengaruhi fungsi metabolism tubuh.
3. Sewaktu tubuh membakar kalori , tubuh juga mengeluarkan toksin, air dalam tubuh akan memainkan peranan membantu menyingkirkan toksin ini melalui perkumuhan. Jadi, jangan jadikan alasan untuk kurang minum air kerana takut ke bilik air kerana yang di buang adalah toksin dalam badan.
4. Apabila berlaku hidrasi, ia akan menyekat pengaliran darah dalam tubuh, dan mengurangkan bekalan oksigen dalam otot di mana anda akan berasa cepat letih. Bila ini berlaku, anda pasti tidak mampu untuk melakukan senaman atau bergerak aktif untuk membakar lemak.
5. Selain itu, air juga membantu mengekalkan pembentukan dan kontraksi otot tubuh sewaktu kita bergerak atau bersenam. Bekalan air yang cukup boleh menjauhkan kita daripada mengalami risiko kekejangan otot atau otot mudah membengkak sewaktu melakukan aktiviti senaman.
6. Pengambilan serat dan protien adalah amat penting dalam proses diet anda tetapi fungsi serat akan terhalang tanpa air yang cukup. Jadi, itulah sebabnya mengapa anda masih mengalami sembelit meskipun sudah mengambil keperluan serat yang cukup.
7. Minum air juga ada aturannya, pengambilan air pada waktu yang tepat dengan jumlah yang cukup akan memaksimumkan keberkesanan fungsi tubuh. Dua gelas air sebaik bangun dari tidur akan membantu kelancaran proses penghadaman, satu gelas air sebelum mandi membantu merendahkan tekanan darah, satu gelas air sebelum tidur akan mengelakkan strok atau serangan jantung. Bukan sahaja turun berat badan, tetapi juga sihat dan murah.
8. Setiap hari kita akan kehilangan lebih kurang dua liter air dari badan melalui proses perkumuhan,pernafasan dan aktiviti2 lain. Jadi kita perlu menggantikan air yang hilang itu supaya proses di dalam badan tidak terganggu dan sekaligus meningkatkan kadar metabolisme.
9. Minum sebotol air mineral sejam sebelum bersukan atau melakukan senaman, pasti anda akan berpeluh dangan banyak dan mengeluarkan toksin dari tubuh dengan cepat. Selagi toksin yang terkumpul dalam badan tidak terbuang, selagi itu anda tidak akan mendapat berat badan yang diimpikan
10. Minum sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter air mengikut berat badan anda sehari bagi memenuhi keperluan air dalam tubuh bergantung juga kepada keperluan dan tahap aktiviti mengikut individu. Air akan hilang sebanyak 1 mililiter bagi setiap 1 kalori yang di gunakan dalam kegiatan harian.
11. Jika anda mengikuti program pengurusan berat badan tak kira sama ada melalui pemakanan atau di pusat2 kecantikkan, pasti anda akan ditegaskan supaya minum banyak air. Sama juga dengan HERBALIFE anda akan dinasihatkan minum air lebih.
AIR...AIR....AIR....OH AIR AIRRR